Monday, December 31, 2007

SELAMAT DATANG 2008

Pagi-pagi tirai 01-01-2008 menjelma, seorang sahabat telah mengirim satu sms yang berbunyi “Semoga 12 bln mndatg penuh dgn kecemerlangan, 52 mgu mberi kebahgiaan, 365 hari mberi keberkatkan, 8760 jam penuh dgn kasih sayang dan 525600 saat penuh dengan senyuman. SELAMAT YAHUN BARU 2008” katanya.

Sungguh cepat masa berlalu, sedar atau tidak, ini masuk tahun ke-4 saya akan berkhidmat di SK Bangi. Terpaku sejenak dengan sms tadi, pada saya, untuk melaksanakan misi tadi, anggaplah 2008 adalah tahun terakhir kita hidup di muka bumi ini, manakal bulan Januari ini adalah bulan terakhir, minggu ini merupakan minggu terakhir dan hari ini adalah hari terakhir kita hidup. Yup…laksanakan apa yang belum terlaksana yang menjadi kewajipan kita selaku hamba, jiran, rakan, sahabat, isteri, suami, majikan dan sebagainya.

Kenangi saat kita esok di lubang kubur,yang mana misi kita belum tercapai…aduh..sengsaranya….misi kita dengan manusia, misi kita dengan kerja dan lebih-lebih lagi misi kita dengan TUHAN belum terlaksana. Sedang tempoh hidup sudah pun tamat.

Tuan-tuan, adik kakak ada keinginan tahun ini? Pelajar ingin berjaya, Guru ingin meningkat prestasi, ibu bapa ingin keluarganya bahagia. Syukur kalau ada keinginan. Laksanakan ke-ingin-an kita itu secara realiti. Tahu tak ? ada antara kita yang tiada keinginan untuk berjaya. Di suruh pun banyak alasan. Dia hanya terpaku dan menunggu kejayaan itu sampai ke rumahnya. Ke sekolah tak mahu.

Haha…mana mungkin tanpa usaha kita bisa BERJAYA. Dan usaha itu harus sungguh-sungguh.
Wednesday, November 7, 2007

15 kesilapan ibubapa dalam mendidik anak-anak



"Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar." (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15) Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul." Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia."-(Maksud Al-Hadith )




span.fullpost {display:none;} span.fullpost {display:inline;}


1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa 1.1 Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah Saidul (penghulu) Istighfar Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9) Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38) Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41) 1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128) Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74) Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.





2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti: menakutkan anak-anak dengan sekolah, menakutkan dengan tempat gelap, menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau, menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.





3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak, tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak, terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.





4. Kesilapan keempat: Menegur anak secara negatif seperti mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah). Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.





5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual). Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani





6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)





7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas. Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi dihadapan anak-anaknya.





8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.





9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.





10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.





11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.





12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.





13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.





14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.





15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam
Saturday, October 27, 2007

Di Khemahnya Al-Mufarridun,Tangjung Pura Langkat.


Berdoa di Makam Mawlana Syeikh Haji Asy'ari Al-Hakiem.


Di sebelah pintu utama masuk ke rumah Langkat.

Dari Padang ke KUL


Perjalanan hanya 60 minit dari jangkaan awal. Namun dek keadaan cuaca yang baik, ianya kami tiba 20 minit awal. Air Asia ini agak baru lagi. dengan kerusi yang berkilat dan dinding yang masih bersih. Tapi sayang, pramugarinya kurang identik dengan pakaian akhlak Islami. Bila lagi ye...
Friday, September 21, 2007

Buletin 7

Agak susah memulakan buletin siri ke 7 ini, walaupun banyak isi yang ingin diketengahkan. Itulah sebabnya ia lambat keluar, namun hari ini saya perlu gagahkan juga untuk menyiapkannya.
Sempena kedatangan bulan Ramadhan bagi umat Islam, pihak Bimbingan dan Kaunseling mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak, khususnya kepada semua warga sekolah, murid dan ibu bapa yang antaranya ramai telah menghantar sms. Terima Kasih.
Dalam buletin ini, mari tuan-puan kita kutip hikmah yang berselerak di sepanjang bulan ini. Jangan biarkan permata itu jatuh bertaburan begitu saja. Datangnya dengan penuh perancangan Tuhan, tentu ada hikmah yang sangat bernilai. Paling tidak, bulan ini bulan ubah perangai, dari sedia ada (biasa) kepada lebih baik, dan paling maksima, tingkat ibadah, dari biasa-biasa saja kepada ahli ibadah.
Adalah diceritakan, dalam syurga itu ada pasar, (tapi bukan macam mydin kat dunia ni la) penduduk syurga apabila keluar ke pasar, wajah mereka sebenarnya sudah cantik, namun bila mereka pulang dari pasar tersebut, wajah mereka bertambah cantik, ceria dan bercahaya. Demikian hebatnya kehidupan di sana dan begitulah selamanya. Kekal abadi, enak kan.
Apa inti dari cerita ini, maksudnya sikap orang yang berjaya tu, dalam kehidupannya sehari-hari ia semakin baik, sentiasa membuat penambahbaikan dalam kerjanya, sebagai pelajar ia ”upgrade” cara atau sistem belajarnya. Sebagai bapa, ibu, anak, guru dan semua orang ada cara untuk menjadi yang lebih baik. Baiklah, kalau sesiapa yang membaca buletin ini, ingin jadi orang yang berjaya, kenalah cari apa yang perlu kita lakukan untuk lebih berjaya. Ops..bukan itu saja, tak cukup dengan azam saja, perlu ada tindakan. Contoh dalam pergaulan dengan rakan kita sehari-hari, kita boleh tingkatkan cara berkomunikasi.
Amalkan 6 teknik komunikasi berkesan. Ia tersimpul dalam kalimat SOFTEN, S ialah smile, O adalah Open Arm, manakala F, foward lean, T pula ialah touch, E membawa makna eye contact dan N ialah Nodding. Dalam bahasa kita ertinya senyum, buka siku; (jangan berpeluk tubuh), kedepankan tubuh, guna sentuhan, tengok dengan mata, (berikan tumpuan penuh bila guru mengajar) dan angguk (tanda setuju). Gunakan sistem ini dalam pembelajaran, nescaya kamu akan jadi orang lebih cemerlang.
Firman Allah, ”Dan Aku tidak jadikan jin dan manusia melainkan tujuannya untuk beribadah kepadaku”. Sayang seribu sayang pada yang tak endah tujuan Tuhan menciptakan dirinya. Sangat sedih bercampur pilu, dalam soal selidik saya terhadap 100 orang murid-murid SK Bangi, 2/3 responden tidak mengambil berat soal sembahyang. Kalau ibu atau bapa pun begitu, Kesannya boleh turun pada keturunan kita. Sebagai contoh mudah, kalau ibu dan ayah tak pernah solat subuh, bangunnya selalu lambat, anaknya pun ikut juga dalam pertandingan tidur itu, tau-tau hari dah siang, hah tak sekolahlah anak hari tu. Kes ini bukan dia kena tinggal bas, tapi dia yang tinggalkan bas. Nampak tu..hubungan ibadah dengan kerja kita sehari-hari, jadi wahai pembaca sekalian, biasakan solat, jangan sampai kamu tak lakukannya, sesibuk apapun urusanmu, sebab tak ada orang yang boleh menolongmu di alam kubur nanti.
Mana yang selalu ponteng solat tu, udahlah, jangan di ulang lagi, ingat azab tuhan...mana yang ponteng sekolah pun macam tu, janganlah ulang lagi, yang ruginya kamu juga nanti.
Bercakap bab ponteng ni, anehnya ramai dikalangan anak bongsu yang terlibat. Setahu saya, budak macam ni manja sangat. Asyik-asyik nangis kalau mak dan ayah suruh ke sekolah. Ek eleh...mungkin dia ingat masa tu boleh undur semula kot. Bila kamu dah dewasa nanti, masa tu baru menyesal sebab tak ada ijazah, nak minta kerja bukan main susah, terdetiklah dihatimu nak balik bersekolah semula, boleh tak? Tak de gunanya lagi. Ingatlah, masa yang paling terbaik bagi seorang manusia adalah dizaman persekolahannya. Datang sekolah dapat ilmu, bukan tu saja, dapat duit lagi. Kan best tu.
Lihat gambar dibawah ini, punya tak senonoh kakak perempuan ini, eh kakak mestilah perempuan, apalah cikgu ni, hisap rokok, bulan puasa pulak tu.
Sepatutnya mulut kita ni digunakan untuk bersyukur, berzikir dan berkata hal yang baik. Orang yang hisap rokok ni sebenarnya kalau kita tengok macam orang kaya, sebab duit berlebihan, akan tetapi hakikat yang sebenarnya, tak de lah kaya sangat. Ingatlah hadis nabi SAW, ”sesungguhnya mulut-mulutmu itu adalah jalan keluarnya Al-Quran, maka bersihkanlah ia dengan bersiwak”. Siwak tu maknanya berus gigilah, jaga kebersihan gigi dan baunya sekali. Yang kamu hisap tu apa hal, tak ke melawan hadis nabi tadi. Nabi suruh bersihkannya, tapi kamu mengotorkannya. Angkat tangan siapa kata hisap rokok tu tak membazir dan baunya sedap. Eh, ada ke murid sekolah Bangi ni hisap rokok, al-hamdulillah setakat ni memang belum tengok lagi, tapi ini adalah peringatan supaya kamu yang darjah enam ni tak jadi macam tu.
MURID CONTOH OK lah ye, harap boleh faham bab tu. Ni tengok cikgu bawa contoh murid SK Bangi yang suka jaga kebersihan, dia ni tak kira apakah hari dia bertugas ataupun tidak, suka sangat bersih dan sapu kelas.
Namanya Anis Atikah binti Ishak 5 Venus. Seorang murid SK Bangi yang boleh di anggap menjadi contoh kepada murid-murid lain dalam hal menjaga kebersihan kelas. Tahniah di ucapkan kepada Anis dan ibu bapa yang telah mendidik anak semestinya.
BERITA SEMASA DAERAH. Dalam Program Karnival Kaunseling Kerjaya Peringkat Daerah Hulu Langat, SK Bangi mendapat Naib Johan dalam acara kuiz kerjaya. Peserta yang telah mengharumkan nama sekolah ialah Mohd Iftar Mubarak, Amsyar Hamizan, Farah Iwani dan Mohd.Iqbal B. Mohd Asri.
Berita Tag Nama (Bar Code) Seramai 1300 orang murid telah menerima kad nama, namun masih ada 300 orang yang belum menerimanya. Ini adalah kerana terdapatnya beberapa kesilapan antara lain gambar rosak. Semasa sesi penggambaran murid memandang ke arah lain, mata terpejam, dan sebagainya. Namun ada berita gembira buat murid tahun enam yang belum mendapatnya lagi, kamu akan diberi semula duit bayaran tag nama itu. Minta maaf banyak hal yang tak diduga itu berlaku.
KELAB PRS Kelab Pembimbing Rakan Sebaya tahun ini sebenarnya berazam hendak meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan. Namun agak sedih, sebenarnya PRS ini adalah sangat baru bagi sekolah rendah, dan selepas lebaran (raya) ini guru-guru kaunseling daerah Hulu Langat akan mengikuti kursus bagaimana menguruskan PRS. Banyak sekolah yang belum wujud PRS, akan tetapi PRS di SK Bangi telah dilahirkan 2 tahun lepas, maknanya masih baby lagi.
LAWATAN KE PENANG
Nama murid yang akan mengikuti lawatan ke Penang sudahpun siap. Cuma kita belum tahu siapakah yang betul-betul mendapat 5A pada tahun ini. Tahun ini sekolah melalui pihak Bimbingan dan Kaunseling akan membawa siapa antara kamu yang lulus dengan cemerlang secara percuma ke Penang. Mungkin kita akan ke Bukit Bendera. Jangan risau, tambang bas, cikgu yang akan bayarkan nanti.
Terima kasih di ucapkan kepada semua ibu dan bapa yang telah hadir ke program solat hajat untuk anak-anak menghadapi ujian UPSR baru-baru ini. Tahniah dan syabas sekali lagi, anda memang orang hebat dan insya Allah anak anda akan jadi orang yang hebat macam anda juga. Kerjasama anda sangatlah berharga dan bernilai pada sekolah.
KATA-KATA MOTIVASI Orang yang berjaya selalu memberi kata BOLEH, sebaliknya orang yang GAGAL sentiasa memberi kata DALIH.
Layari : http://norish77. blogspot.com untuk mendapat berita semasa yang lebih aktual.
Thursday, September 20, 2007

Telefon Baru Canggij Untuk Wanita


Wednesday, September 19, 2007

Hafizah


Friday, August 17, 2007

Coretan Peristiwa Hari Ini

BANGI : 17 Ogos 2007. Saya dapat laporan dari murid bahawa salah seorang murid perempuan tahun 5 sering tidak hadir ke sekolah. 2 hari mencarinya, tetapi tidak juga hadir. Hari ketiga mencari, ternyata ia hadir, lalu dibawa ke sesi bimbingan dan kaunseling. Tujuannya ialah untuk mengetahui apakah yang menyebabkan ia berlaku demikian sambil mencucuk ke jiwanya betapa pentingnya belajar dan tetap bersemangat menempuh rintangan untuk ke sekolah.

Seperti biasa, tindakan saya ialah menghubungi orang tua murid. Orang pertama ialah ayahnya. Melalui perbualan selama 6 minit melalui telefon, saya agak terkejut apabila ia mengatakan, “dengan beberapa hari tidak pergi ke sekolah, anak saya tak kan jadi bodoh” Nadanya agak emosi, saya faham orang sakit memang cepat terasa. Maksud saya begini tuan, saya faham tuan ada masalah tapi bagaimana supaya masalah ini tidak menjalar pada anak.

Biar cukup kita saja yang dikerumun masalah. Mari saya bantu….saya bukan macam orang lain, saya ada networking yang boleh membantu tuan. Polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Hospital Psikitri, Ketua Balai, Balai Kajang, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, Pusat Zakat, Jabatan Agama Islam Selangor, baitul MAL, semuanya sudah saya datangi dan hubungi.

Nombor telefon mereka ada dengan saya. Yang belum saya hubungi adalah YPEIM. Posisi saya adalah sebagai pembantu, bukan menghentam walaupun nampak macam hentam. Itu perasaan kita saja yang dalam masalah, kalau ya pun keburukan yang ada, ayuh kita baiki. Saya tak segan memberi ceramah andai tahu orang yang didepan saya bukannya kaki jaga sembahyang. Penting solat tu. Efeknya ada murid yang sering tak ke sekolah. Bila di siasat, ternyata sering bangun lambat….tak solat la tu….bila siasat betullah.

Maaflah, agak agresif sikit dalam bertindak, mungkin tak macam orang lain yang seangkatan. Orang muda dan baru 2 tahun setengah berkhidmat. Kawan kaunselor lain mengaku mereka tak pernah pergi ke rumah murid. Pernah seorang guru cakap sambil bergurau saya kaunselor brutal datang ke rumah malam-malam. Ya bagaimana juga mau datang siang, ngak pernah ada di rumah. Akhirnya saya tak mahu datang lagi. Sebabnya susah. Nombor telefon pun tiada dalam perkhidmatan.

Baiklah tuan puan pembaca, itulah nak kongsi sedikit cerita. Andai tuan ada idea macam ustaz mokhtar, silakan…demi majunya anak kita, anak bangsa kita.
Wednesday, August 15, 2007

Lawati My Blog di Alamat

http://norish77.blogspot.com
e Mail : afraima@yahoo.com