Monday, December 31, 2007

SELAMAT DATANG 2008

Pagi-pagi tirai 01-01-2008 menjelma, seorang sahabat telah mengirim satu sms yang berbunyi “Semoga 12 bln mndatg penuh dgn kecemerlangan, 52 mgu mberi kebahgiaan, 365 hari mberi keberkatkan, 8760 jam penuh dgn kasih sayang dan 525600 saat penuh dengan senyuman. SELAMAT YAHUN BARU 2008” katanya.

Sungguh cepat masa berlalu, sedar atau tidak, ini masuk tahun ke-4 saya akan berkhidmat di SK Bangi. Terpaku sejenak dengan sms tadi, pada saya, untuk melaksanakan misi tadi, anggaplah 2008 adalah tahun terakhir kita hidup di muka bumi ini, manakal bulan Januari ini adalah bulan terakhir, minggu ini merupakan minggu terakhir dan hari ini adalah hari terakhir kita hidup. Yup…laksanakan apa yang belum terlaksana yang menjadi kewajipan kita selaku hamba, jiran, rakan, sahabat, isteri, suami, majikan dan sebagainya.

Kenangi saat kita esok di lubang kubur,yang mana misi kita belum tercapai…aduh..sengsaranya….misi kita dengan manusia, misi kita dengan kerja dan lebih-lebih lagi misi kita dengan TUHAN belum terlaksana. Sedang tempoh hidup sudah pun tamat.

Tuan-tuan, adik kakak ada keinginan tahun ini? Pelajar ingin berjaya, Guru ingin meningkat prestasi, ibu bapa ingin keluarganya bahagia. Syukur kalau ada keinginan. Laksanakan ke-ingin-an kita itu secara realiti. Tahu tak ? ada antara kita yang tiada keinginan untuk berjaya. Di suruh pun banyak alasan. Dia hanya terpaku dan menunggu kejayaan itu sampai ke rumahnya. Ke sekolah tak mahu.

Haha…mana mungkin tanpa usaha kita bisa BERJAYA. Dan usaha itu harus sungguh-sungguh.